Tuesday 16 October 2012

Perkara 152

Alhamdulillah.....wacana Ilmu sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 peringkat Wilanyah Persekutuan Putrajaya telah selamat dijalankan dengan membawa seribu 1 pengalaman dan kejutan. 

Dengan Tema 1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara adalah merupakan tema yg sangat bermaksud dan menilai terutamanya bg org melayu. Sejauh manakah bahasa melayu kini berada di bumi sndiri. Adakah ia seperti merempat di tanah sndiri. Adakah suatu masa nanti, Bahasa Melayu akan berada di Muzium menjadi peninggalan sejarah.........fikir2x..dan bersama kita menyelamatkannya.

Antara info yang boleh di ambil adalah Perkara 152 dalam Perlembagaan yang menyebut "Bahasa Melayu Adalah Bahasa Rasmi Tanah Melayu-Malaysia".

Cadangan pejuang bahasa, Hassan Ahmad (15 Feb 2010), perlu diberi perhatian serius untuk mendaulatkan bahasa melayu:-

(a) Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara, bukan bahasa kebangsaan Melayu.

(b) Bahasa Melayu adalah bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan.

(c) Bahasa Melayu mesti di ajar sebagai mata pelajaran wajib.

(d) Jika Bahasa inggeris itu keutamaan, maka bahasa inggeris hendaklah dijadikan bahasa kedua wajib tetapi jangan sampai menenggelamkan bahasa Melayu.

(e) Di sekolah jenis kebangsaan, tambahan masa bahasa melayu mesti dilakukan dengan tegas.

(f) Semua media mendaulatkan bahasa melayu.

(g) Nama syarikat, Taman perumahan dan sebagainya mesti melambangkan identiti bahasa kebangsaan.

(h) Malaysia perlu banyak belajar daripada negara jiran bagaimana negara ini mendaulatkan bahasa kebangsaan.

sumber : wacana Ilmu......."Kita Terlalu Bertolak Ansur, Sehingga Kita Ditolak Secara Beransur-ansur"


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...